
Sebulan lebih bernaung di bawah Ar-rajhi sememangnya sebuah pengalaman menarik, Ar-rajhi bukan institusi keewangan Islam yang kecil, ia sememangnya besar dan amat menarik untuk bernaung dibawah institusi tersebut. Alhamdulillah, sy mempunyai target suatu ketika nanti untuk berpindah ke Arab Saudi untuk berkhidmat di bawah bangunan asal institusi ini. Siapa tahu?
Pengalaman selama sebulan menjalani latihan industri keewangan di FSTEP sememangnya amat beharga. Masih segar dalam ingatan ketika menyampaikan ucapan di bawah tajuk "Scientific facts the Koran" , itulah pengalaman pertama memberi pidato sederhana dihadapan saudara-saudara bukan Islam. Alhamdulillah, kelihatan mereka yang beragama hindu, kristian dan 'tidak beragama' sebenarnya amat kagum dengan Al-quran dan Islam. Mungkin selama ini mereka tidak pernah mengetahui fakta-fakta menarik tentang al-quran dan Islam.
"Can you give me the web that I can go to?" , gembira benar hati ini bila mendengar seorang saudara yang tidak beragama meminta alamat laman web Islam setelah mendengar pidato yg sy sampaikan. Tanpa ragu-ragu sy berikan nama 'Dr Zakir Naik', "You can go to the youtube and type 'zakir naik' , then you will get it all!"

Ucapan di bangunan Takaful dan Dr Zakir Naik.
Ucapan di bangunan Takaful itu merupakan pengalaman yg amat bermakna buat diri ini. Ia merupakan pembakar semangat diri untuk menyampaikan sedikit sebanyak tentang Islam pada yang bukan Islam.
Kebanyakan ucapan sy ketika itu kebanyakannya hanyalah 'copy' ucapan-ucapan tokoh terulung Dr Zakir Naik, namun bagi sy ianya amat penting kerana masih ramai lebih-lebih lagi non-muslim yg belum mendapat maklumat tentang ajaran-ajaran kebenaran dalam al-quran.
Sy memulakan ucapan dgn menegaskan bahawa al-quran itu merupakan " book of signs and not the book of science" , Allah s.w.t tidak menurunkan alquran hanya untuk menceritakan tentang sains kepada manusia sebaliknya Allah s.w.t memberikan banyak ayat (petanda) didalam alquran agar manusia beriman dan menyerah diri kepadanya. Kelihatan rakan-rakan non-muslim memberi tumpuan ketika sy memulakan ucapan tersebut. Alhamdulillah, kemudiannya sy mengatakan bahawa terdapat dua golongan dalam menerima ajaran serta fakta dalam alquran.
Golongan pertama merupakan golongan liberal yang sebahagian besarnya adalah non-muslim yg beranggapan bahawa al-quran sememangnya mempunyai fakta dan ajaran yang baik namun ianya hanya sesuai untuk zaman Nabi Muhammad s.a.w. Golongan ini sebahagiannya berpandangan bahawa Nabi Muhammad s.a.w seorang yang amat bijak sehingga mampu menulis al-quran.
Adapun golongan kedua dan kebanyakannya adalah org Islam percaya bahawa al-quran sememangnya mempunyai ajaran dan fakta yg sesuai pada zaman Nabi Muhammad s.a.w , malah ajaran dan fakta tersebut juga sesuai untuk sepanjang zaman sehinggalah zaman moden kini.
"I strongly agreed with the second opinion. I agreed with the second one not because of I'm a Muslim but because of several arguments that I'll talk about them later". Alhamdulillah, rasa seronok dapat mengutarakan pandangan dihadapan rakan-rakan bukan Islam, sy benar-benar rasa "selama ini aku belajar Islam, ini peluang aku!".
"The arguments today are about the scientific facts in the Koran. There are a lot a lot of facts in the Koran, about the law, economy, science and so on, but today because we don't have much time I'll just talk about few scientific facts", saya tegaskan. Ketawa seorang saudara tidak beragama ketika mendengar kata-kata sy yg agak 'slumber' ketika itu. Mungkin sebab penggunaan 'a lot a lot of facts ' sememangnya tiada dalam bahasa inggeris, tapi ketika itu sy sengaja menggunakannya.
"In the field of astronomy, the most convincing theory about the creation of the earth is the big bang theory. Our scientists discovered that initially , our galaxies are nothing but a very big nebula which contain gases and other elements. Then, there was a strong explosion which called 'big bang' and after a period of time it gave rise to the sun, moon, stars and the earth. Alhamdulillah, in the Koran, chapter no 21 verse no 30 Allah s.w.t said "Do not the unbelievers see, that the heavens and the earth were joint together, and we clove them asunder (we separated them strongly)". Sy sengaja memulakan hujah pertama dengan toeri 'big bang' kerana yakin mereka semua tahu tentang teori penciptaan alam ini, kerana ianya amat popular dan telah diterima oleh semua.
Hujah kedua mengenai putaran matahari dan peredarannya. Sy menyambung "The second point, in 1970th , the age of our father or grandfather, they've learnt from the book of science at that time that the sun in respect to the earth was stationary, meaning that the sun is the center of the solar system and it does not move. Today, in the book of modern science , we've come to know that the sun is rotating at its own axis. Besides, the sun also revolve (moving) to one particular period or time. Alhamdulillah , in the Koran, chapter no 21 verse no 33 Allah s.w.t said "It was He (Allah) who created the day and night, and the sun and the moon Each one travelling in an orbit with its own motion" , in surah Yasiin chapter no 34 verse no "And the sun runs his course for a period/time determined for him that is the decree of (Him) the exalted in might, the All-knowing". Kelihatan saudara-saudara bukan Islam masih tekun mendengar, alhamdulillah. Secara jujurnya saya sendiri takjub dengan fakta-fakta begini yang termaktub dalam al-quran.
"Now we'll come to the most interesting part" sy meneruskan ucapan. Dalam al-quran ada banyak fakta sains menarik yg baru sahaja ditemui oleh sains dan teknologi masa kini. Namun, dalam masa yang sangat pendek diperuntukkan untuk ucapan tempoh hari, sy perlu memilih fakta-fakta yang paling menarik dan paling diketahui serta mudah dijelaskan. "For the third point, recently few decades earlier, Edwin Hubble the very famous scientist discovered the most fascinating fact of all. There are billions of galaxies in our universe and he discovered that the galaxies are actually moving away from each other. The only reasonable explanation for this phenomena is that our universe is constantly EXPANDING!, alhamdulillah, in the Koran in surah Az-Zhariyat chapter no 51 verse no 47 "and we've built the heaven with might and we're EXPANDING it" , subhanallah, ketika sy bacakan ayat tersebut, sy sendiri rasa bangga, bangga kerana menjadi seorang Islam! Sy lihat saudara-saudara bukan Islam yang mendengar pun kelihatan amat tekun memerhati, maklumat-maklumat begini sudah lama dalam dunia intelektual Islam, namun bagi sy amat beharga sekiranya kita dapat sampaikan pada mereka yang tidak mengetahui.
Kemudian ada lagi beberapa hujah yang saya kemukakan dan alhamdulillah saya dapat menutup ucapan tersebut dengan baik. Segala puji bagi Allah, moga Allah berikan lagi peluang untuk menyampaikan maklumat buat rakan-rakan lain terutamanya yang bukan Islam.

Pagi bersama Qudsy dan adik-adik kuliah Usuluddin.
Alhamdulillah, beberapa hari selepas ucapan di bangunan takaful itu, seorang rakan lama menghubungi sy melalui laman sosial Facebook. "Ustaz free hari Sabtu?", sudah lama tak mendengar khabar rakan sy ini. Dahulu pernah bekerjasama dengan beliau ketika sy mengemudi sebuah biro dalam persatuan pimpinan pelajar. Sahabat lama mewakili Qudsy persatuan kuliah Usuluddin di Insaniah, beliau ingin menjemput sy untuk memberikan ucapan motivasi buat pelajar-pelajar Usuluddin yang bakal menghadapi peperiksaan di sana. Sy meminta masa untuk meng'confirm'kan kehadiran. Beberapa ketika selepas itu, saya teringat kaitan ucapan sy dengan pelajar-pelajar Insaniah, sy rasakan adik-adik kuliah Usuluddin merupakan 'aset' penting untuk menyebarkan dakwah tentang Islam kepada saudara-saudara non-muslim/bukan Islam kerana mereka lebih mendalami tentang akidah Islam. Jadi, sy tidak teragak-agak lagi selepas itu untuk meng'confirmkan' kehadiran dan alhamdulillah Sabtu lalu, prog tersebut berjalan dengan baik dan sy dapat berkongsi beberapa perkara yang sy rasakan amat penting kepada adik-adik disana.
Ucapan di Dewan besar Insaniah itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah peringatan buat diri sy sendiri dan juga buat adik-adik yg hadir. "Kalau kita berniat belajar kerana untuk memenangkan agama Allah maka , kita akan rasakan peperiksaan yang kita hadapi merupakan perkara yang amat KECIL!, Allah s.w.t berfirman "Jikalau kamu membantu/memenangkan Allah (agama Allah) maka Allah akan membantu/memenangkan kamu" , alhamdulillah, adik-adik kuliah Usuluddin yang hadir kelihatan tekun mendengar.
Masa yang diperuntukkan hanyalah 1 jam untuk sesi bersama sy, tak banyak yang dapat dikongsikan. Sy merasakan masih banyak yang ingin disampaikan buat adik-adik, namun seperti biasa, sy faham :-) prog di Insaniah takleh lebih masa! Walaupun prog tersebut merupakan prog motivasi untuk peperiksaan namun ucapan tersebut lebih banyak menyentuh tentang peranan kita dan bagaimana untuk menyampaikan dakwah tentang Islam kerana sy merasakan amat rugi sekiranya sy datang hanya untuk bercerita tentang peperiksaan kepada adik-adik. Peperiksaan itu amat kecil, yang lebih penting adalah Islam. Alhamdulillah, nampaknya sebahagian daripada mereka tidak kecewa walaupun sy tidak menyentuh sgt teknik-teknik menghadapi peperiksaan dan faham dengan objektif ucapan tempoh hari.
Walaubagaimanapun sy sempat berkongsi tips biasa yang merupakan asas dalam menghadapi peperiksaan , 1) doa, 2) Usaha 3) hubungan dengan al-quran 4)tawakkal. Walaupun sedikit sahaja subjek tentang exam yang sy sentuh akibat masa yang amat sedikit diperuntukkan namun sy yakin sekiranya benar-benar ianya diamalkan maka kejayaan milik kita!
Akhir ucapan sy menutup kata dengan membacakan firman Allah s.w.t dalam surah at-taubah ayat 111 "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (111)"
Semoga apa yang kita kongsikan akan menjadi kenyataan denga amalan dan kesungguhan, semoga Allah memberi petunjuk buat kita semua !

TAHNIAH UMAYR!
ReplyDeletesyukran muiz :-)
ReplyDelete