Friday, October 7, 2011

Tahniah prof, terima kasih semua!

Alhamdulillah, selesai konvokeyen kami batch 2007-2011 pelajar2 INSANIAH. Semuanya berjalan lancar tiada apa yang mencacatkan perjalanan kami untuk mendapatkan pengiktirafan terakhir daripada INSANIAH.

Sempat juga berbual dengan Prof Jamil, ''Kami akan berbangga dengan kamu'' kata-kata semangat Prof Jamil ketika berbual ini amat indah buat diri ini. Prof tempoh hari kelihatan masih bertenaga dan bersemangat untuk terus membina INSANIAH dan mengislamisasi dunia pendidikan di serata dunia.

"Kalau kita mahu lakukan (perkara baik) jangan fikir tentang duit, lakukan saja, Allah akan bantu!", tambah Prof Jamil lagi. Perbualan kami amat beharga, Prof amat merendah diri untuk menegur seorang anak murid biasa seperti sy. Terima kasih saya ucapkan, saya juga ingin katakan "Saya amat berbangga dengan pembangunan dan segala perubahan positif yang Prof telah sumbangkan pada INSANIAH, sememangnnya apa yang saya boleh katakan, Prof Jamil merupakan 'BAPA PEMBANGUNAN INSANIAH'

Para pensyarah juga tidak ketinggalan untuk memberi kata semangat dan motivasi tinggi buat sy, tiada apa yang boleh diucapkan pada mereka ini kecuali 'moga Allah membalas segalanya'. Rakan-rakan juga tidak ketinggalan, mereka ini sentiasa menyokong secara langsung dan sebaliknya. Kalau ada rezeki i'allah kita jumpa lagi, terima kasih semua!

p/s : jemput semua ke kenduri kahwin sy di Perlis, nanti kami create 'event reminder' untuk semua sahabat di Facebook beserta peta lengkap untuk ke sana. :-) wsslam!



1 comments: