Saturday, October 29, 2011

Diari kini..




Alhamdulillah, sememangnya ingin menempuh dunia kerjaya penuh dengan kelelahan dan kepenatan, namun itulah kehidupan. Kehidupan tak lekang dari kesusahan dan kepayahan, amat berbeza kehidupan aman di bandar berbanding kehidupan sukar di medan jihad.

Sebulan lebih bernaung di bawah Ar-rajhi sememangnya sebuah pengalaman menarik, Ar-rajhi bukan institusi keewangan Islam yang kecil, ia sememangnya besar dan amat menarik untuk bernaung dibawah institusi tersebut. Alhamdulillah, sy mempunyai target suatu ketika nanti untuk berpindah ke Arab Saudi untuk berkhidmat di bawah bangunan asal institusi ini. Siapa tahu?

Pengalaman selama sebulan menjalani latihan industri keewangan di FSTEP sememangnya amat beharga. Masih segar dalam ingatan ketika menyampaikan ucapan di bawah tajuk "Scientific facts the Koran" , itulah pengalaman pertama memberi pidato sederhana dihadapan saudara-saudara bukan Islam. Alhamdulillah, kelihatan mereka yang beragama hindu, kristian dan 'tidak beragama' sebenarnya amat kagum dengan Al-quran dan Islam. Mungkin selama ini mereka tidak pernah mengetahui fakta-fakta menarik tentang al-quran dan Islam.

"Can you give me the web that I can go to?" , gembira benar hati ini bila mendengar seorang saudara yang tidak beragama meminta alamat laman web Islam setelah mendengar pidato yg sy sampaikan. Tanpa ragu-ragu sy berikan nama 'Dr Zakir Naik', "You can go to the youtube and type 'zakir naik' , then you will get it all!"
Ucapan di bangunan Takaful dan Dr Zakir Naik.

Ucapan di bangunan Takaful itu merupakan pengalaman yg amat bermakna buat diri ini. Ia merupakan pembakar semangat diri untuk menyampaikan sedikit sebanyak tentang Islam pada yang bukan Islam.

Kebanyakan ucapan sy ketika itu kebanyakannya hanyalah 'copy' ucapan-ucapan tokoh terulung Dr Zakir Naik, namun bagi sy ianya amat penting kerana masih ramai lebih-lebih lagi non-muslim yg belum mendapat maklumat tentang ajaran-ajaran kebenaran dalam al-quran.

Sy memulakan ucapan dgn menegaskan bahawa al-quran itu merupakan " book of signs and not the book of science" , Allah s.w.t tidak menurunkan alquran hanya untuk menceritakan tentang sains kepada manusia sebaliknya Allah s.w.t memberikan banyak ayat (petanda) didalam alquran agar manusia beriman dan menyerah diri kepadanya. Kelihatan rakan-rakan non-muslim memberi tumpuan ketika sy memulakan ucapan tersebut. Alhamdulillah, kemudiannya sy mengatakan bahawa terdapat dua golongan dalam menerima ajaran serta fakta dalam alquran.

Golongan pertama merupakan golongan liberal yang sebahagian besarnya adalah non-muslim yg beranggapan bahawa al-quran sememangnya mempunyai fakta dan ajaran yang baik namun ianya hanya sesuai untuk zaman Nabi Muhammad s.a.w. Golongan ini sebahagiannya berpandangan bahawa Nabi Muhammad s.a.w seorang yang amat bijak sehingga mampu menulis al-quran.

Adapun golongan kedua dan kebanyakannya adalah org Islam percaya bahawa al-quran sememangnya mempunyai ajaran dan fakta yg sesuai pada zaman Nabi Muhammad s.a.w , malah ajaran dan fakta tersebut juga sesuai untuk sepanjang zaman sehinggalah zaman moden kini.

"I strongly agreed with the second opinion. I agreed with the second one not because of I'm a Muslim but because of several arguments that I'll talk about them later". Alhamdulillah, rasa seronok dapat mengutarakan pandangan dihadapan rakan-rakan bukan Islam, sy benar-benar rasa "selama ini aku belajar Islam, ini peluang aku!".

"The arguments today are about the scientific facts in the Koran. There are a lot a lot of facts in the Koran, about the law, economy, science and so on, but today because we don't have much time I'll just talk about few scientific facts", saya tegaskan. Ketawa seorang saudara tidak beragama ketika mendengar kata-kata sy yg agak 'slumber' ketika itu. Mungkin sebab penggunaan 'a lot a lot of facts ' sememangnya tiada dalam bahasa inggeris, tapi ketika itu sy sengaja menggunakannya.

"In the field of astronomy, the most convincing theory about the creation of the earth is the big bang theory. Our scientists discovered that initially , our galaxies are nothing but a very big nebula which contain gases and other elements. Then, there was a strong explosion which called 'big bang' and after a period of time it gave rise to the sun, moon, stars and the earth. Alhamdulillah, in the Koran, chapter no 21 verse no 30 Allah s.w.t said "Do not the unbelievers see, that the heavens and the earth were joint together, and we clove them asunder (we separated them strongly)". Sy sengaja memulakan hujah pertama dengan toeri 'big bang' kerana yakin mereka semua tahu tentang teori penciptaan alam ini, kerana ianya amat popular dan telah diterima oleh semua.

Hujah kedua mengenai putaran matahari dan peredarannya. Sy menyambung "The second point, in 1970th , the age of our father or grandfather, they've learnt from the book of science at that time that the sun in respect to the earth was stationary, meaning that the sun is the center of the solar system and it does not move. Today, in the book of modern science , we've come to know that the sun is rotating at its own axis. Besides, the sun also revolve (moving) to one particular period or time. Alhamdulillah , in the Koran, chapter no 21 verse no 33 Allah s.w.t said "It was He (Allah) who created the day and night, and the sun and the moon Each one travelling in an orbit with its own motion" , in surah Yasiin chapter no 34 verse no "And the sun runs his course for a period/time determined for him that is the decree of (Him) the exalted in might, the All-knowing". Kelihatan saudara-saudara bukan Islam masih tekun mendengar, alhamdulillah. Secara jujurnya saya sendiri takjub dengan fakta-fakta begini yang termaktub dalam al-quran.

"Now we'll come to the most interesting part" sy meneruskan ucapan. Dalam al-quran ada banyak fakta sains menarik yg baru sahaja ditemui oleh sains dan teknologi masa kini. Namun, dalam masa yang sangat pendek diperuntukkan untuk ucapan tempoh hari, sy perlu memilih fakta-fakta yang paling menarik dan paling diketahui serta mudah dijelaskan. "For the third point, recently few decades earlier, Edwin Hubble the very famous scientist discovered the most fascinating fact of all. There are billions of galaxies in our universe and he discovered that the galaxies are actually moving away from each other. The only reasonable explanation for this phenomena is that our universe is constantly EXPANDING!, alhamdulillah, in the Koran in surah Az-Zhariyat chapter no 51 verse no 47 "and we've built the heaven with might and we're EXPANDING it" , subhanallah, ketika sy bacakan ayat tersebut, sy sendiri rasa bangga, bangga kerana menjadi seorang Islam! Sy lihat saudara-saudara bukan Islam yang mendengar pun kelihatan amat tekun memerhati, maklumat-maklumat begini sudah lama dalam dunia intelektual Islam, namun bagi sy amat beharga sekiranya kita dapat sampaikan pada mereka yang tidak mengetahui.

Kemudian ada lagi beberapa hujah yang saya kemukakan dan alhamdulillah saya dapat menutup ucapan tersebut dengan baik. Segala puji bagi Allah, moga Allah berikan lagi peluang untuk menyampaikan maklumat buat rakan-rakan lain terutamanya yang bukan Islam.
Pagi bersama Qudsy dan adik-adik kuliah Usuluddin.

Alhamdulillah, beberapa hari selepas ucapan di bangunan takaful itu, seorang rakan lama menghubungi sy melalui laman sosial Facebook. "Ustaz free hari Sabtu?", sudah lama tak mendengar khabar rakan sy ini. Dahulu pernah bekerjasama dengan beliau ketika sy mengemudi sebuah biro dalam persatuan pimpinan pelajar. Sahabat lama mewakili Qudsy persatuan kuliah Usuluddin di Insaniah, beliau ingin menjemput sy untuk memberikan ucapan motivasi buat pelajar-pelajar Usuluddin yang bakal menghadapi peperiksaan di sana. Sy meminta masa untuk meng'confirm'kan kehadiran. Beberapa ketika selepas itu, saya teringat kaitan ucapan sy dengan pelajar-pelajar Insaniah, sy rasakan adik-adik kuliah Usuluddin merupakan 'aset' penting untuk menyebarkan dakwah tentang Islam kepada saudara-saudara non-muslim/bukan Islam kerana mereka lebih mendalami tentang akidah Islam. Jadi, sy tidak teragak-agak lagi selepas itu untuk meng'confirmkan' kehadiran dan alhamdulillah Sabtu lalu, prog tersebut berjalan dengan baik dan sy dapat berkongsi beberapa perkara yang sy rasakan amat penting kepada adik-adik disana.

Ucapan di Dewan besar Insaniah itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah peringatan buat diri sy sendiri dan juga buat adik-adik yg hadir. "Kalau kita berniat belajar kerana untuk memenangkan agama Allah maka , kita akan rasakan peperiksaan yang kita hadapi merupakan perkara yang amat KECIL!, Allah s.w.t berfirman "Jikalau kamu membantu/memenangkan Allah (agama Allah) maka Allah akan membantu/memenangkan kamu" , alhamdulillah, adik-adik kuliah Usuluddin yang hadir kelihatan tekun mendengar.

Masa yang diperuntukkan hanyalah 1 jam untuk sesi bersama sy, tak banyak yang dapat dikongsikan. Sy merasakan masih banyak yang ingin disampaikan buat adik-adik, namun seperti biasa, sy faham :-) prog di Insaniah takleh lebih masa! Walaupun prog tersebut merupakan prog motivasi untuk peperiksaan namun ucapan tersebut lebih banyak menyentuh tentang peranan kita dan bagaimana untuk menyampaikan dakwah tentang Islam kerana sy merasakan amat rugi sekiranya sy datang hanya untuk bercerita tentang peperiksaan kepada adik-adik. Peperiksaan itu amat kecil, yang lebih penting adalah Islam. Alhamdulillah, nampaknya sebahagian daripada mereka tidak kecewa walaupun sy tidak menyentuh sgt teknik-teknik menghadapi peperiksaan dan faham dengan objektif ucapan tempoh hari.

Walaubagaimanapun sy sempat berkongsi tips biasa yang merupakan asas dalam menghadapi peperiksaan , 1) doa, 2) Usaha 3) hubungan dengan al-quran 4)tawakkal. Walaupun sedikit sahaja subjek tentang exam yang sy sentuh akibat masa yang amat sedikit diperuntukkan namun sy yakin sekiranya benar-benar ianya diamalkan maka kejayaan milik kita!

Akhir ucapan sy menutup kata dengan membacakan firman Allah s.w.t dalam surah at-taubah ayat 111 "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (111)"

Semoga apa yang kita kongsikan akan menjadi kenyataan denga amalan dan kesungguhan, semoga Allah memberi petunjuk buat kita semua !

Friday, October 7, 2011

Tahniah prof, terima kasih semua!

Alhamdulillah, selesai konvokeyen kami batch 2007-2011 pelajar2 INSANIAH. Semuanya berjalan lancar tiada apa yang mencacatkan perjalanan kami untuk mendapatkan pengiktirafan terakhir daripada INSANIAH.

Sempat juga berbual dengan Prof Jamil, ''Kami akan berbangga dengan kamu'' kata-kata semangat Prof Jamil ketika berbual ini amat indah buat diri ini. Prof tempoh hari kelihatan masih bertenaga dan bersemangat untuk terus membina INSANIAH dan mengislamisasi dunia pendidikan di serata dunia.

"Kalau kita mahu lakukan (perkara baik) jangan fikir tentang duit, lakukan saja, Allah akan bantu!", tambah Prof Jamil lagi. Perbualan kami amat beharga, Prof amat merendah diri untuk menegur seorang anak murid biasa seperti sy. Terima kasih saya ucapkan, saya juga ingin katakan "Saya amat berbangga dengan pembangunan dan segala perubahan positif yang Prof telah sumbangkan pada INSANIAH, sememangnnya apa yang saya boleh katakan, Prof Jamil merupakan 'BAPA PEMBANGUNAN INSANIAH'

Para pensyarah juga tidak ketinggalan untuk memberi kata semangat dan motivasi tinggi buat sy, tiada apa yang boleh diucapkan pada mereka ini kecuali 'moga Allah membalas segalanya'. Rakan-rakan juga tidak ketinggalan, mereka ini sentiasa menyokong secara langsung dan sebaliknya. Kalau ada rezeki i'allah kita jumpa lagi, terima kasih semua!

p/s : jemput semua ke kenduri kahwin sy di Perlis, nanti kami create 'event reminder' untuk semua sahabat di Facebook beserta peta lengkap untuk ke sana. :-) wsslam!



Friday, September 16, 2011

Kami bersama cikgu Norlaila!


Kami bersama cikgu Norlaila! Berikan pampasan adil untuk keluarga Mat Sah Mohd yang telah lama dizalimi di bawah ISA. Semoga Allah memberikan bantuan perjuangan kebebasan guru kami yang kami kasihi Puan Norlaila Othman!

Saturday, September 3, 2011

Puisi . Nikmat usia dan kehidupan

Puisi: Usia
Usia seorang insan....
ibarat air yang mengalir
dari hulu ke hilir
melintas aral melintang
menerpa, menerjang semua penghalang

Terlahir sebagai insan....
di sanalah bermula usia dikira
tiada yang tahu bila akhirnya
tidak pula berapa lamanya

Hidup seorang insan....
berjalan seiring masa
tak kira kering ataupun hujan
melangkau zaman meredah masa

Hidup sebagai insan....
hendaklah berpegang pada iman
jadikan rasul dan itrahnya sebagai tauladan
agar hidup penuh aman

Takdir kematian seorang insan....
tiada yang tahu bila masanya
tak kira muda atau pun tua
pabila maut telah menyeru
sahabat handai pun tak boleh membantu

Insan hidup insan bernyawa
ketika hidup hendaklah berjasa
Insan mati jasad tak bernyawa
di akhirat kelak semua ditanya
adakah ikhlas membungkus jasa
ataukah ia riya' belaka

Hidup di dunia hanya sesaat
ibarat kilat pantas melesat
hendaklah iman teguh dan kuat
ditambah pula amal ibadat
semoga menjadi insan yang berkat

p/s1 : Saat paling indah saat ketika kita masih kecil, bersih dari dosa dan disayangi dan dimanjai oleh semua orang disekeliling.

p/s2 : Keindahan sesuatu nikmat selalunya hanya akan dinikmati ketika ianya hampir ataupun sudah hilang. Begitu juga dengan keindahan usia dan kehidupan seseorang insan.

p/s3 : entah bagaimana siksaan Allah nanti,

Sunday, August 28, 2011

"Semoga Allah menerima amalan dari kami dan kamu semua"




"Semoga Allah menerima amalan dari kami dan kamu" , saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat keluarga, sanak saudara dan sahabat-sahabat sekalian. Mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang pernah dilakukan, semoga Allah menambah keberkatan dalam kehidupan kita agar beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Tuesday, August 9, 2011

Ustaz Azizan sudah semakin sihat.

views : Bila melihat kemakmuran dan ketenangan masyarakat di negeri jelapang padi, serta ketegasan pimpinan negeri, sy tidak fikir pimpinan PAS yg diketuai ustaz Azizan akan jatuh pada pilihanraya akan datang.
p/s : ketegasan beliau menafikan ruang pihak2 tertentu yg menjadi 'bebanan' dalam perjuangan PAS

Alhamdulillah, ustaz Azizan sudah semakin sihat. Selepas ini dapat berkhidmat semula membantu rakyat negeri Kedah, memacu pembangunan dan menjaga kebajikan. Saya doakan beliau sentiasa sihat dan terus berjuang bersama-sama majlis pimpinan negeri yang lain agar dapat memajukan negri Islam Kedah yang masih bertatih-tatih dan merangkak dalam menerapkan nilai Islam di Kedah.

Kita faham bukan mudah untuk ustaz Azizan buat penggal pertama mengurus tadbir negeri Kedah, dengan pelbagai karenah golongan agamawan, mahasiswa dan segelintir pihak yang mendakwa berpakaian 'non-partisan' menjadikan kerja beliau amat susah. Sudahkan kebajikan negeri yang rata-rata rakyatnya bertaraf kehidupan rendah ini perlu di jaga, datang pula bermacam ragam pihak agamawan, pekerja, dan siswa.

Apa-apa pun yang terjadi, saya kagum dengan ketegasan yang dimiliki oleh ustaz Azizan serta mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau. Teruskan perjuangan , walau sebanyak mana pihak yang menjadi 'bebanan' , fitnah, serangan media, serta sikap kebiadaban musuh yang mendatang.

Walaupun tempoh hari ada pihak yang berkata "peluang ustaz azizan bertahan hanya 50%" , namun bila melihat kemakmuran dan keindahan masyarakat di negeri jelapang padi ini, saya tidak fikir pimpinan PAS yang diketuai oleh ustaz Azizan akan jatuh pada pilihanraya akan datang.

Jalan-jalan di Kedah



Kedah bumi ketenangan, rakyatnya yang ringan tulang dan ramah menambah keindahan mata memandang.

Baru beberapa hari lepas ke Kedah untuk menyelesaikan beberapa urusan, alhamdulillah berkesempatan untuk menamatkan segala kewajipan yang tertunggak. Terima kasih di ucapkan buat Zhafri, Ibrahim, Mujahid, Naim, Dr Nuruddin, Dr Rafiq, Prof Syarifah, Syeikh Osman, Fadil, Dr Ala, Dr Farid, Makcik Siti, Siddiq , kak Safinah dan ramai lagi yang membantu dalam lawatan beberapa hari yang lepas.


Sejuk hati dapat berjumpa Dr Farid dan Dr Mahmud serta menunaikan solat maghrib bersama, ramai lagi guru-guru dan rakan-rakan yang ingin di lewati namun, masa tidak mengizinkan. Semoga Allah merahmati kalian~